Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah sampai juga kita ke tahun 2015 tahun yg bakal menganjakkan umurku ke 23 tahun InsyaAllah mudah mudahan.. Firstly aq nak wat sedikit throwback la tentang kisah2 yg terjadi pada aq sepanjang tahun 2014 ini.. Semoga kisah ini buat diriku lebih matang dan aq boleh lupakan kisah silam.. Ok jom throwback skarang! JANUARI 2014 HEHEHE.. Sebenarnya x banyak yg jadi pada bulan ni.. Pada January 2014 ni aq cuma ade beberapa program seperti menghadiri kursus sains sukan tahap 1... Kursus ini khas untuk jurulatih yg ingin melatih atlet mengikut spesifikasi sukan tertentu.. Melalui sijil ini juga jurulatih yg lulus akan diberi iktiraf jurulatih yg berlesen tapi cuma lesen c sahaja.. Lesen ni juga bukan mudah nak apply n bukan semua sukan akan dapat.. Macam taekwondo lesen ini perlu disertakan dengan sijil spesifikasi sukan tahap 1 baru lah dia boleh jadi lesen c.. Kalau x kami kami ni coach taekwondo x dibenarkan mengajar di premis sekolah.. Oklah walau bagaimanapun target untuk menjadi seorg jirulatih yg diiktiraf sudah dapat aq capai.. Alhamdulillah...
FEBRUARY 2014
I think there's nothing special in this month.. However, alhamdulillah di bulan February ni juga rezeki aq bertambah.. Semua tu sebab atas usaha gigih aq mengajar kelas2 taekwondo...
MARCH 2014
Bulan ni agak malang juga kerana emak, ayah and anak buah aq terlibat dalam kemalangan.. Kemalangan ni telah mengakibatkan emak patah bahu kanannya, manakala ayah pula mengalami bengkak di rusuk akibat hentakan dan anak buah ku pulak cedera ringan di tangannya.. Kereta pulak Ya Allah teruk juga.. Sebab ade org tgok keadaan kereta tu dan mereka sangka pemandunya meninggal dunia... Tp alhamdulillah tuhan masih beri kami kesempatan menatap wajah emak ayah n ika.. Walau apapun itu merupakan kenangan pahit buat kami sekeluarga..
APRIL 2014
Hidup kami pada blan ini tidak seperti biasa sebab kami kekurangan kenderaan.. Yg kami ade cumalah kancil.. Melihat kepayahan ayah dan emak nak pegi keje.. Aq pon buat keputusan untuk mencuba nasib membuat pinjaman membeli kereta.. Dan pada mulanya tidak berjaya.. Tp aku terus mencuba hingga akhirnya aq diluluskan pihak bank untuk membeli sebuah kenderaan baru..
MAY 2014
Alhamdulillah kereta yg dinanti2kan pon keluar.. Aq bahagia sangat kerana itulah harta pertama ku.. So bermulalah kehidupan kami sekeluarga dengan ahli keluarga kami yg baru.. Sy panggilnya sbgi Mr. BARNEY... Hehhe aq suka sangat..
Hehhe btw sorry lah sampai sini je mampu taip.. Battery kong plakkkkk InsyaAllah akan bersambung.. Bye annyeong
No comments:
Post a Comment