Ni antaranya:
Kalau nak diikutkan dalam FB aku jarang like atau join mana2 group/page tp sbb da gila Suka ngan group T-ara aku like je semua asalkan ade Nama diorang and Nama group diorang!! Woaa orang kata aku Batak "so what??? Do I look I care?"
Hahaha... Aku start search kat Internet pasal diorg, tengok film, drama, and macam2 show yg diorang cast! So, dari situ je aku da Kenal banyak artis Korea yang lain.. Aku ada gak belajar conversation dalam Korea! Not easy as I thought!... Hurmmm!! Apapun dalam banyak2 aku Suka T-ara juga dari berenam:
Sampai bertujuh: (Hwa Young)
Sampai Berlapan: (Areum)
Sampai bertujuh semula: (Tanpa Hwayoung)
Sampai sub-unit T-ara N4:
Sub-unit Jappanese: QBS
Sampai berenam semula:
Tak pelah apapun T-ara tetap dihati semua queen's.. Apa pun jadi abaikan je!! Terpulang kepada kita untuk menilai.. Tp, janganlah jd bodoh hanya disebabkan khabar angin yg belum tentu tepat kita bergaduh! X perlu pun! siapa rasa dia hater please ignore! Be a professional as kpopers.. Don't blame others.. Cause I love all kpop groups.. So don't be hating with the group that u don't like most.. For me if u hate them many people hate u more than that! Hahah speaking lak!
Dalam group T-ara member yang paling aku sayang Areum tp da keluar group an.. Siyes aku cakap Areum antara member favourite aku sbb attitude dia yg sgt humble dan bersemangat tu.. Pendiam tp sekali rap perghhh terror!! Bukan rap jer yg power vocal dia pun mantap!! Aku suke Areum since dia buat Lagu bunny style punya rap!! Perghhhh tau x aku minat sangat ngan dia even dalam t-ara n4 dia dance smart gila... Hurmmmm gempak seyh dalam Lagu target part rap die mmg best!! Aku slalu follow perkembangan dia dalam Instagram... Semoga dia happy dengan karier die skarang! Masa CCM release video penarikan diri dari T-ara tu aku tak sanggup gila nak tengok muka dia.. Sedih sangat!!! :,-( spoil gila mood aku first Ramadhan tu! Why now???? Waaaa aku mmg xkan lupa nyanyian dia dalam T-ara hurrmmmmm Areum hwaiting!!!! Gonna miss you!!!
Areum:
Aku Suka gak ngan Boram unnie!! Anak buah aku Suka gila dgn boram ni!!
Ni la dia:
Heheeee boram ni antara ahli yang berusia.. Namun dia jarang perhatian adakah sbb bakat, imej, atau fizikalnya yang kecil berbanding ahli lain? Apapun boram antara ahli yang sangat comel dan ke anak anakan sifatnya.. Dia juga seorang yg rendah diri dan kurang keyakinan diri.. Tp aku rasa itu x menjadi masalah.. Sbb ramai lagi diluar sana lebih teruk dari itu malah boram lebih baik berbanding ahli lain kerana dia sangat pandai melukis.. Boram juga tak kurang hebat dalam melontarkan vocal nya!! Aku harap kpopers kat luar sana please judge dengan bakat dan sifat semula jadi artis kpop yg anda suka... Sbb itu yg bawa mereka naik! Bukan imej luaran je !!! Boram unnie saranghaeyo!!!
Hyomin: berkarisma, berbakat dalam nyanyian dan lakonan, bergaya dan menarik.
Soyeon: Vocal yang unik, karisma, berkepimpinan, berkeyakinan, komunikasi yang baik.
Eunjung: Berbakat dalam nyanyian, lakonan dan pengacaraan, setiakawan, penyayang, menarik dan berpewatakan menarik.
Jiyeon: karisma, pandai menari, berpewatakan menarik, misteri, berkepimpinan, semangat setiakawan, penyayang dan kelakar
Boram: rendah diri, berbakat dalam nyanyian dan melukis, kurang keyakinan diri, penyayang, dan menghargai.
Hwayoung: berbakat dalam rap, berkeyakinan, Rajin dan supportive.
Areum: rendah diri, berbakat dalam nyanyian, pemalu, berkeyakinan, terus terang dan toleransi.
Kalau ada salah dan silap dalam ni sorry mungkin x sempat nak ambil tahu.. Aku rasa ni je yang dapat aku perhatikan spanjang percintaan aku ngan kumpulan T-ara ni..
Apapun T-ara hwaiting!!!






















No comments:
Post a Comment