Hidup Tidak Selalunya Indah

Hidup Tidak Selalunya Indah

Thursday, 1 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU MARWANI RAZAK

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah sampai juga kita ke tahun 2015 tahun yg bakal menganjakkan umurku ke 23 tahun InsyaAllah mudah mudahan.. Firstly aq nak wat sedikit throwback la tentang kisah2 yg terjadi pada aq sepanjang tahun 2014 ini.. Semoga kisah ini buat diriku lebih matang dan aq boleh lupakan kisah silam.. Ok jom throwback skarang! JANUARI 2014 HEHEHE.. Sebenarnya x banyak yg jadi pada bulan ni.. Pada January 2014 ni aq cuma ade beberapa program seperti menghadiri kursus sains sukan tahap 1... Kursus ini khas untuk jurulatih yg ingin melatih atlet mengikut spesifikasi sukan tertentu.. Melalui sijil ini juga jurulatih yg lulus akan diberi iktiraf jurulatih yg berlesen tapi cuma lesen c sahaja.. Lesen ni juga bukan mudah nak apply n bukan semua sukan akan dapat.. Macam taekwondo lesen ini perlu disertakan dengan sijil spesifikasi sukan tahap 1 baru lah dia boleh jadi lesen c.. Kalau x kami kami ni coach taekwondo x dibenarkan mengajar di premis sekolah.. Oklah walau bagaimanapun target untuk menjadi seorg jirulatih yg diiktiraf sudah dapat aq capai.. Alhamdulillah...
FEBRUARY 2014
I think there's nothing special in this month.. However, alhamdulillah di bulan February ni juga rezeki aq bertambah.. Semua tu sebab atas usaha gigih aq mengajar kelas2 taekwondo...
MARCH 2014
Bulan ni agak malang juga kerana emak, ayah and anak buah aq terlibat dalam kemalangan.. Kemalangan ni telah mengakibatkan emak patah bahu kanannya, manakala ayah pula mengalami bengkak di rusuk akibat hentakan dan anak buah ku pulak cedera ringan di tangannya.. Kereta pulak Ya Allah teruk juga.. Sebab ade org tgok keadaan kereta tu dan mereka sangka pemandunya meninggal dunia... Tp alhamdulillah tuhan masih beri kami kesempatan menatap wajah emak ayah n ika.. Walau apapun itu merupakan kenangan pahit buat kami sekeluarga..
APRIL 2014
Hidup kami pada blan ini tidak seperti biasa sebab kami kekurangan kenderaan.. Yg kami ade cumalah kancil.. Melihat kepayahan ayah dan emak nak pegi keje.. Aq pon buat keputusan untuk mencuba nasib membuat pinjaman membeli kereta.. Dan pada mulanya tidak berjaya.. Tp aku terus mencuba hingga akhirnya aq diluluskan pihak bank untuk membeli sebuah kenderaan baru..
MAY 2014
Alhamdulillah kereta yg dinanti2kan pon keluar.. Aq bahagia sangat kerana itulah harta pertama ku.. So bermulalah kehidupan kami sekeluarga dengan ahli keluarga kami yg baru.. Sy panggilnya sbgi Mr. BARNEY... Hehhe aq suka sangat..

Hehhe btw sorry lah sampai sini je mampu taip.. Battery kong plakkkkk InsyaAllah akan bersambung.. Bye annyeong

Monday, 7 October 2013

T-ara Comeback

Hye semua!
Lama da x update blog...
Apa khabar?
Harini x tau nak citer apa sebenarnya tp nak share sikit cerita pasal kumpulan kpop wanita yg agak terkenal.. Apa lagikan kalau bukan T-ARA heheh... 
Baru baru ini iaitu pada 06.10.2014 di Hallyu Dream Concert T-ARA buat pertama kalinya mempersembahkan Lagu terbaru mereka.. Lagu baru T-ARA pada kali ini bertajuk "number 9".. Pada teaser yg pertama dikeluarkan cukup membuatkan fan berpuas hati dengan penampilan mereka pada kali ini.. Begitu juga teaser number 9 yg ke2.. Banyak juga unsur2 yg menonjolkan konsep yg matang dari mereka kali ini... Jadi maka dengan itu QUEEN'S ternanti nanti perlancaran Lagu terbaru T-ARA Number 9 ni.. Termasuklah Saya.. Seperti yg sy kata di atas mereka buat julung kali membuat persembahan pertama Lagu terbaru ni di Hallyu Dream Concert (HDC).. Ramai yg tidak sabar memperdengarkan Lagu itu sehingga ada yg x tidur untuk menunggu fan Meng'upload' video yg dirakam dalam concert berkenaan.. Namun begitu banyak Sumber telah berkongsi gambar yg telah diambil dari concert itu dan terus memuat naik ke dalam internet.., nampaknya banyak respon positif dari mereka yg berada di concert berkenaan.. Katanya Lagu mereka kali ini beremosi tetapi tariannya bertenaga kerana konsep yg telah diaplikasikan ke dlm Lagu number 9 ini.. Ada juga mereka yg bukannya dari fan T-ARA tetapi memberikan respon yg positif... Mereka terharu dengan penampilan T-ARA pada kali ini.. Kata mereka T-ARA seolah2 sudah bangkit semula... Pada masa concert itu berjalan juga T-ARA menjadi TRENDING di Twitter,Worldwide dan sebagainya... Wow serious semangat rasanya tgok T-ARA pada kali ini.. Ape pun Jom usha pic pic Number 9 sikit

















Ini pula persembahan pertama Number 9

















Wah!!! Actually tgok pic dari persembahan mereka pun sudah cukup menunjukkan mereka telah menonjolkan persembahan yg berani dan menarik... Wow x sabar rasanya mahu tunggu 10.10.2013 ni... Semuanya akan terjawab... Btw pada 7.10.2013 pula terdapat satu lagi berita gembira buat semua QUEEN'S yg kat luar sana bahawa T-ARA akan buat Comeback dengan Double Track.. Track yg pertama Number 9 dan Track kedua I know the Feeling.., Mereka juga akan melancarkan Album mini yg ke 8 iaitu "AGAIN"... Hope semua QUEEN'S sabar menantikan kemunculan semula T-ARA pada kali ini... Dengar cerita dari SUMBER Lagu I know the feeling ni Lagu yg sangat beremosi!!! Haissss x sabarnya rasa... 


Woa... Bergayanya!
 
Saya nak cakap yang Saya bangga jadi Peminat T-ARA.. 

X sabar nak tambah collection


Ok sume bye!! 
Share la untuk semua Queen's.. Hahah :)

Saturday, 17 August 2013

First class after raya 2013

Salam,
Boringnya raya tahun ni... X wat pe un.. Asyik duk umah je kot!! Waaaa kawan2 semua keje study... Sumpah boring bhai... Aq duk umah tunggu sedara mara datang tolong mak layan mereka.. Tp best gak bukan selalu... Kadang2 gelak tak hengat dunia... First raya, Pakai baju un kejap je... Cukup syarat!!! Hermmm 
Melaram gak lahhh!!  Ni dia gambar pagi raya:

Dengan adiq aku..

Dengan kakak..

Dengan Kakak second..

Dengan anak buah lelaki..

Ngan kakak first..

Ngan nenek tersayang..

Muahhhhh

Second day raya

Third raya...

Tapi bila klas da start yg menyeronokkan bila anak murid komit datang kelas.. Sgt dihargai... Yg best diorg happy.. Thanks gak kepada yg menjayakan kelas tu.. Alhamdulillah dapat ass yg bole diharap sayang korang!!! Kihkihkih 




Happy bila ngn diorg sebab dapat release tension!!! Thanks to all my students.... 
Love you all!!
 Tu je kot sorry sampai ni je...

Thursday, 15 August 2013

Areum in Instagram make Instavideo

Terjaga awl pagi update Instagram nampak Areum pun update!! Die update video... Omg lepas rindu queen semua kat die.. She is so beautiful with non make up!!! 

Wednesday, 7 August 2013

Macam mana bole Suka kat T-ara?

Firstly benda macam kelakar bagi aku bila nak diigtkan balik... Dulu masa aq form 6 classmates aq ade 4 org yg gile kpop (kpopers) hahaha... Diorg ni minat gila dengan kpop, korean drama and macam2 pasal Korea.. Kalau dalam kelas siap buat group discussion pasal artis kpop.. Wow! Time muet ag.. Interesting ar bagi yang meminatinya juga tp x lah bagi aq.. Aq ape tau..? Yg aku tau korea "bo peep bo peep" and "nobody" tu pun sbb lagu tu aq dengar dari anak buah aku yang Ika tu.. Ika kecik2 da tgok koncert kpop kat tv.. So tau2 gitu ar.. Kadang kawan aq ni siap letak group name kat dalam kuiz klas name boy band Korea (ss501) kalau x silap.. Hahah... Gilalahh!! Pastu ada yang wat tarian and tgok mv dalam kelas!!! Perghhhhh daebak! Actually dalam banyak2 korean group aku adalah minat satu group ni.. Group T-ara (티아라).. Aku start minat sbb Lagu "bo peep bo peep" and "roly poly".. Lagu catchy so senang nak ikut rhythm die!.. Hermmmm tp aku memang bengang gak ar dulu asyik dengar pasal citer kpop je dalam kelas an.. Hahahaaa bila abis je kolah aku ada ar jugak nak try berjinak2 dengan world of kpop ni.. Tp x boleh masuk langsung.. Aku just layan Lagu Super junior (Mr. Simple), Ze;A (mazeltov), beast (shock), Big Bang (fantastic baby) tu je ar.. Mmg! Mmg x leyh masuk! Haissss sampai satu tahap aku diajar oleh kawan aku yang sorang ni... Time tu aku ngn dia tinggal serumah sbb nak peksa STPM.. Die bantai Bluetooth Lagu kpop je semua kat aku.. Aku pun try je dengar.. Lama2 ok plak an.. Hermmm try je la melayan siap beli buku lirik kat giant.. Layan punya layan aku mmg asyik Usha lagu t-ara je! Pas aku melayan Lagu t-ara gi lah kat Jiran sebelah umah duk Bluetooth Lagu t-ara banyak2.. Kalau x dapat aku sendiri yang download dari YouTube at last aku lagi banyak Lagu T-ara dari jiran aku.. Haha sampai dia pun tepuk dahi.. Kalau nak tau aku tahu Lagu ngan kumpulan je.. Member dalam T-ara tu sendiri aku x kenal.. Aku pun mintak tolong jiran sebelah tu ag.. Yg aku Kenal mula2 Eunjung je sebab Suka rambut dia.. "Siyes smart sgt!!" Pastu Kenal hwayoung sbb Usha rambut dia dalam "we were in love" perghhhhh style seyhh!! Ketiga start kenal boram sbb die ahli yg paling rendah! Pastu soyeon and Hyomin.. Serious aku cakap yang aku pada mulanya x dapat nak beza kan Qri and Jiyeon.. Rupenya beza diorg Qri ada tik lalat kat idung..(how cute)!!.. And start tahu diorg ada new member Areum (maknae) mmg x pandang sgt ngan Areum mula2.. Aku pun start beli macam2 accessory yg berkenaan dgn T-ara kat mana2 je aku jumpa.. Aku start beli album dari yang first sampai yg terbaru.. Gila punya pasal!

Ni antaranya:

Kalau nak diikutkan dalam FB aku jarang like atau join mana2 group/page tp sbb da gila Suka ngan group T-ara aku like je semua asalkan ade Nama diorang and Nama group diorang!! Woaa orang kata aku Batak "so what??? Do I look I care?" 


Hahaha... Aku start search kat Internet pasal diorg, tengok film, drama, and macam2 show yg diorang cast! So, dari situ je aku da Kenal banyak artis Korea yang lain.. Aku ada gak belajar conversation dalam Korea! Not easy  as I thought!... Hurmmm!! Apapun dalam banyak2 aku Suka T-ara juga dari berenam:


Sampai bertujuh: (Hwa Young)

Sampai Berlapan: (Areum)

Sampai bertujuh semula: (Tanpa Hwayoung)

Sampai sub-unit T-ara N4: 

Sub-unit Jappanese: QBS

Sampai berenam semula:

Tak pelah apapun T-ara tetap dihati semua queen's.. Apa pun jadi abaikan je!! Terpulang kepada kita untuk menilai.. Tp, janganlah jd bodoh hanya disebabkan khabar angin yg belum tentu tepat kita bergaduh! X perlu pun! siapa rasa dia hater please ignore! Be a professional as kpopers.. Don't blame others.. Cause I love all kpop groups.. So don't be hating with the group that u don't like most.. For me if u hate them many people hate u more than that! Hahah speaking lak! 

Dalam group T-ara member yang paling aku sayang Areum tp da keluar group an.. Siyes aku cakap Areum antara member favourite aku sbb attitude dia yg sgt humble dan bersemangat tu.. Pendiam tp sekali rap perghhh terror!! Bukan rap jer yg power vocal dia pun mantap!! Aku suke Areum since dia buat Lagu bunny style punya rap!! Perghhhh tau x aku minat sangat ngan dia even dalam t-ara n4 dia dance smart gila... Hurmmmm gempak seyh dalam Lagu target part rap die mmg best!! Aku slalu follow perkembangan dia dalam Instagram... Semoga dia happy dengan karier die skarang! Masa CCM release video penarikan diri dari T-ara tu aku tak sanggup gila nak tengok muka dia.. Sedih sangat!!! :,-(  spoil gila mood aku first Ramadhan tu! Why now???? Waaaa aku mmg xkan lupa nyanyian dia dalam T-ara hurrmmmmm Areum hwaiting!!!! Gonna miss you!!! 
Areum: 

Aku Suka gak ngan Boram unnie!! Anak buah aku Suka gila dgn boram ni!!
Ni la dia:

Heheeee boram ni antara ahli yang berusia.. Namun dia jarang perhatian adakah sbb bakat, imej, atau fizikalnya yang kecil berbanding ahli lain? Apapun boram antara ahli yang sangat comel dan ke anak anakan sifatnya.. Dia juga seorang yg rendah diri dan kurang keyakinan diri.. Tp aku rasa itu x menjadi masalah.. Sbb ramai lagi diluar sana lebih teruk dari itu malah boram lebih baik berbanding ahli lain kerana dia sangat pandai melukis.. Boram juga tak kurang hebat dalam melontarkan vocal nya!! Aku harap kpopers kat luar sana please judge dengan bakat dan sifat semula jadi artis kpop yg anda suka... Sbb itu yg bawa mereka naik! Bukan imej luaran je !!! Boram unnie saranghaeyo!!! 



Hyomin: berkarisma, berbakat dalam nyanyian dan lakonan, bergaya dan menarik.


Soyeon: Vocal yang unik, karisma, berkepimpinan, berkeyakinan, komunikasi yang baik.


Eunjung: Berbakat dalam nyanyian, lakonan dan pengacaraan, setiakawan, penyayang, menarik dan berpewatakan menarik.


Jiyeon: karisma, pandai menari, berpewatakan menarik, misteri, berkepimpinan, semangat setiakawan, penyayang dan kelakar


Boram: rendah diri, berbakat dalam nyanyian dan melukis, kurang keyakinan diri, penyayang, dan menghargai.


Hwayoung: berbakat dalam rap, berkeyakinan, Rajin dan supportive.


Areum: rendah diri, berbakat dalam nyanyian, pemalu, berkeyakinan, terus terang dan toleransi.


Qri: new leader(2013), genius, menarik, bergaya, berbakat dalam bidang peragaan.


Kalau ada salah dan silap dalam ni sorry mungkin x sempat nak ambil tahu.. Aku rasa ni je yang dapat aku perhatikan spanjang percintaan aku ngan kumpulan T-ara ni.. 
Apapun T-ara hwaiting!!!